“Kenapa Orang Lain Menghidap Peny4kit Sama Boleh Sembuh, Tetapi Saya Tidak?” – Ini Rupanya Terjadi Dgn K4nser Elyana

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan k.anser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut meny.erang dan merebak ke beberapa organ badannya.

Meskipun sedang bert.arung mel.awan k.anser, namun Elyana tidak pernah menunjukkan pend.eritaan yang dihadapinya. Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah putus asa mel.awan penya.kitnya.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas,” katanya.

Namun Elyana berkata sebagai manusia biasa dia juga pernah rasa kec.ewa dan pernah tertanya-tanya mengapa dirinya diuji sedemikian rupa danmempersoalkan mengapa orang lain boleh sembuh namun tidak dirinya.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kec.ewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan mengh.idap k.anser. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya?

“Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain mengh.idap peny.akit sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.

Baru sahaja keluar hospital untuk menambah d.arah, Elyana berkata terp.aksa menjalani r.awatan radioterapi selepas mendapati ada ketumbuhan pada bahagian tengah dadanya.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah d.arah, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terp.aksa menjalankan r.awatan radioterapi secepat mungkin.

“Kesan ketumbuhan ini, saya sukar bernafas, malah b.atuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik b.atuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan.

“Selain dada, k.anser turut merebak pada bahagian paru-paru, belakang r.ahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg,” katanya.

Elyana mula terasa kesan radioterapi

Penyanyi dan pelakon Elyana mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam.

Elyana, 34, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah darah, masukkan susu dan benda lain.

“Sekarang baru terasa kesan radioterapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas.

“Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya kepada Harian Metro.

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang.

“Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini.

Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram miliknya memaklumkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi itu untuk kesembuhan penyakit kanser demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak.

Menurut Elyana, dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot.

Trivia mengenai Elyana

Erneelya Elyana Emrizal (lahir 5 Julai 1987) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.

Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul “Cahaya Gelita”.

Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, Elyana telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004.

Kerjaya lakonan

Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau.

Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja – Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia.

Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia yang ke-19 malah turut berlakon dalam filem ini ialah pelakon Fasha Sandha dan aktor terkenal Indonesia, Teuku Zacky.

Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blokbuster berjudul Dukun. Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani penggambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal Hussein, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Ramli Hassan dan Hasnul Rahmat.

Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walau bagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini telah diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.

Elyana dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat bersaudara, 3 perempuan dan 1 lelaki.

Beliau telah berkahwin pada 19 November 2010 dengan Khairul Anuar Husin, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.

Elyana Tersingkir, Umum Hidap Kanser - Hiburan | mStar

Elyana menjalani rawatan untuk kanser limfoma Peringkat 4. Selepas tersingkir dalam Gegar Vanganza 4, Elyana telah mengumumkan yang beliau telah menghidap barah limfoma tahap empat selama 7 tahun.

Beliau menyifatkan dirinya seorang yang buta IT.

Pada Oktober 2018, Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang menghidap sindrom Down.

Sumber Hmetro/Wiki, Edited by RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *