‘Kalau Kereta Rosak Tengah Jalan, Jangan Panggil `Tow Truck`, Ruqyah Saja Kereta Itu’ – Naim Daniel

KEMPEN bendera putih menjadi topik hangat hari ini dan ia juga menarik perhatian penyanyi Naim Daniel yang tampil bersuara melayangkan kata pujangganya sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Yang Berhormat; Jika; Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua.

“Mungkin saja; Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya. Tanpa sebarang daya, tanpa sebarang usaha.

“Kita ada kita saja, sekarang. Tolong, jangan lakukan sebarang tindakan yang mampu melumpuhkan semangat orang yang kita sayang. Kita, cuba lagi,” tulis penyanyi lagu Sumpah itu.

Naim juga dilihat membalas komen para peminat yang mempersetujui penulisannya itu.

“Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa,” komen seorang daripada pengguna media sosial.

“Ibarat kereta rosak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu,” komen balas Naim.

Semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih. Tapi rakyat mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

Naim juga mengajar buat bendera putih,

CARA – CARA MEMBUAT BENDERA PUTIH

Salam sejahtera semuanya, disini saya cuba sampaikan cara-cara untuk membuat bendera putih bagi meminta pertolongan makanan/sokongan emosi/kewangan menggunakan barang yang ada dirumah anda.

Barang yang anda perlukan – Plastik putih/T Shirt putih, batang penyapu, gunting, dan getah sahaja.

Harap dapat membantu kalian serba sedikit insyaallah, semoga Allah memeluk kalian dengan kemas, selalu.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang mampu mengguris hati ahli keluarga kalian ya? Kita cuba lagi.

BENDERA PUTIH BUKAN TANDA MENGALAH. BENDERA PUTIH BUKAN TANDA LEMAH.

Jangan takut, jangan malu.

Video,

 

Bendera putih: Netizen kecam kenyataan Nik Abduh

“Takkan nak angkat bendera Pas pula.”

Demikian antara kecaman netizen terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.

“Bendera putih tu tanda mintak bantuan, bukan tanda kalah,” kata pemilik Facebook Amie Mustapha.

Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter, @fahmibinhassan berkata, kempen itu tidak bermaksud angkat bendera mereka tidak berdoa.

“Angkat bendera putih tu minta tolong jiran-jiran. Usaha untuk bantu. Bukan maksud angkat bendera putih mereka tak angkat tangan untuk berdoa. Takkan lah benda macam ni pun @nikabduh nak mantikkan,” ciap beliau.

Malah seorang lagi pengguna Twitter @nmyasser menjelaskan kempen bendera putih itu adalah satu usaha dan tawakal.

“Memang Allah tempat kita memohon. Tiada lagi yang diatasnya, tetapi bendera yang diviralkan ini adalah usaha dan tawakkal. Tahukah YB ada jiran-jiran yang sedang tenat kalau tidak diuar-uarkan. Allah jadikan jiran-jiran dan YB-YB sebagai pengantara/khalifah untuk membantu,” katanya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemik Covid-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown)

Sumber IG NAIM/Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *