Mayat Di HTAR Klang Smp Kena Letak Di Lantai, Ini Yg Terjadi Selepas Itu

KLANG – Sebuah kontena bagi penyimpanan ma.yat disalurkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pemberian tersebut tular menerusi tiga video berdurasi antara 37 saat sehingga 2 minit termasuk keadaan terkini jumlah may.at yang banyak di HTAR.

Berdasarkan video awal, seorang lelaki menyatakan kontena tersebut dibeli pada harga RM35,000 khas bagi memudahkan pengurusan ma.yat mereka di hospital tersebut.

Tangkap layar status Facebook HTAR berkenaan pemberian kontena daripada MIC.

Bagaimanapun, lelaki tersebut juga menunjukkan rasa tidak berpuas hati apabila bantuan tersebut tidak diterima pihak HTAR.

“Kita hendak bantu pihak hospital. Mula-mula kata okay selepas tiga jam, pengarah hospital tolak pula (bantuan) dengan mengatakan esok (hari ini) sebanyak lapan kontena datang.

“Pada malam ini, kita datang supaya jena.zah-jena.zah ini diletakkan di tempat selesa walaupun sudah telah menjadi mayat,” katanya.

Bagaimanapun, HTAR menerusi laman Facebooknya pada setengah jam lalu kemudiannya memaparkan video daripada lelaki sama menunjukkan pemberian tersebut telah diterima.

Menerusi video itu, lelaki tersebut bersyukur apabila kontena itu diterima untuk diletakkan di Jabatan Forensik HTAR.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan sama ada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah HTAR kerana memudahkan urusan kami untuk membantu dalam sumbangan kontena tersebut untuk menyimpan mayat atau jenazah Covid-19,” jelasnya.

Pihak HTAR dalam kenyataannya di Facebook tersebut juga menzahirkan penghargaan kepada MIC di atas sokongan dan dokongan menyumbang kontena mayat itu dalam menguruskan pandemik Covid-19 di Klang khususnya.

Video,

Komen orang ramai,

Kontena simpan mayat kovit dah sampai ke, 8 buah katanya, dibagi free 1buah xnak, mayat sbb kovit berlonggok kat office… Dah viral kat wasap…

Mp2 semua x perlu bayar gaji musim covid ni..gantikan dgn membeli kelengkap hospital…seperti katil utk pesakit…kesian tengok mereka duduk tidur atas kerusi semasa tempoh rawatan..

Dengar citer mayat pon letak atas lantai je.. kalau takde tempat nk letak, umh azmin tu jd kan tempat simpanan sementara..

HTAR belum menyerah

Tiada lagi katil atas jalan.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini mengambil inisiatif mengubah suai beberapa kawasan seperti asrama doktor pelatih serta Kompleks Rawatan Harian menjadi wad sementara bagi merawat pesakit Covid-19.

Hospital itu dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka menerima jumlah pesakit yang ramai setiap hari menyebabkan keadaan itu sesak teruk sehingga beberapa buah katil terpaksa diletakkan di luar untuk merawat pesakit Covid-19.

“Tanpa usaha dan sokongan daripada semua kakitangan HTAR yang sentiasa bertungkus-lumus dan bersedia menghadapi krisis ini bersama, inisiatif ini tidak dapat direalisasikan. Pihak HTAR mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang membantu. Anda semua adalah wira.

Staf HTAR yang bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan untuk pesakit Covid-19
“Gandingan pimpinan tertinggi HTAR dan semua Ketua Jabatan/Unit yang berani membuat percaturan setelah semua penilaian risiko dianalisis, beberapa kawasan telah diubah fungsi menjadi wad sementara,” katanya menerusi hantaran Facebook baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, HTAR turut kongsikan beberapa keping gambar keadaan wad yang kini sudah diubahsuai dengan meletakkan beberapa buah katil lipat bagi merawat pesakit Covid-19.

HTAR menambah, sejak ubahsuai dilakukan, mereka terus menerima pesakit bermula pukul 9 malam kelmarin.

May be an image of indoor

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan tinjauan di hospital berkenaan yang sesak dengan beberapa buah katil terpaksa diletakkan di bahagian luar wad kecemasan berikutan penerimaan pesakit terlalu ramai.

Kawasan yang sebelum ini menempatkan katil pesakit Covid-19 telah kosong ekoran kejayaan staf HTAR menyediakan kemudahan baharu.

Di samping itu, hospital ikonik berkenaan turut memaklumkan perubahan yang dilakukan adalah membuktikan kakitangan barisan hadapan mereka masih belum berputus asa, walaupun sebelum ini tular dalam media sosial mendakwa HTAR lumpuh.

“Kakitangan HTAR masih belum berputus asa untuk terus bersiap sedia dan bertindak dalam menangani lonjakan jumlah pesakit Covid-19 di HTAR.

“Dengan bilangan kes harian di Selangor mencecah 4,000 sehari bukanlah petanda baik bagi HTAR kerana kes harian yang hadir ke Jabatan Kecemasan juga turut meningkat dengan mendadak sehingga tiada katil lagi untuk menempatkan pesakit-pesakit ini,”

Sumber UTUSAN/AWaNI By RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *