Penerima 2 Dos Terima Berita Baik, Ini Kenyataan Dari Menteri Ismail Sabri

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan. Perkara ini kita sedang teliti,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan inisiatif MINDEF Prihatin di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Ketika ditanya nasib mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP, Ismail Sabri berkata kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan Darurat.

Beliau berkata di bawah Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 kepada RM50,000.

“Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini dan kita (kompaun) akan kembali kepada RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarkan program ‘MINDEF Prihatin’ bagi membantu meringankan beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata sumbangan daripada anak syarikat Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatkan di masjid untuk kegunaan mereka yang terjejas.

“Program ini kita luaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesusahan. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program jiwa murni dan kita sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat,” katanya.

Video:

Artikel Lain..

Menteri langgar SOP: Hanya polis dan PBT boleh dikenakan kompaun

MGF190721_MINDEF-PRIHATIN_08

Hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh mengeluarkan kompaun kepada individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesiapa sahaja yang didapati melanggar SOP akan dikompaun tanpa mengira kedudukan mereka.

“Kalau ada pelanggaran sesiapa sahaja, Menteri ke Timbalan Menteri ke atau sesiapa sahaja, hanya pihak polis boleh ambil tindakan.

“Baru-baru ini seorang menteri diambil tindakan (melanggar SOP) dengan RM2,000. Jadi ramai orang beri pesanan dalam aplikasi WhatsApp kenapa saya tidak ambil tindakan.

“Tindakan adalah di bawah kuasa polis dari segi pelaksanaan, pemantauaan akta, dan tangkapan, semuanya adalah dibawah polis dan agensi-agensi yang diturunkan kuasa oleh KKM,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program “MinDef Prihatin”di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengakui ada menteri yang melanggar SOP.

Malah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata merosakkan kredibiliti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan di negara ini.

Pada minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana gagal mematuhi SOP.

Perkata itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Ditanya mengenai tindakan pihak berkuasa mengenai aktiviti merentas negeri yang dilakukan rakyat pada masa ini, Ismail Sabri berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan adalah dibawah kuasa polis.

“Sekarang ini kawalan mereka diperketatkan di Sekatan Jalan Raya, semalam sahaja ramai yang diarahkan patah balik.

“Pihak polis lebih tegas kerana esok adalah sambutan Hari Raya Aidiladha, jadi di SJR polis lebih tegas, namum pemantauan rumah ke rumah perlu diumumkan oleh pihak polis,” katanya lagi.

Pada awal hari ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai dilarang merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini hingga Rabu depan.

Tindakan ini katanya diambil bagi mengelakkan orang ramai menyalahgunakan surat tersebut bagi merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Video:

Sumber : Malaysia Gazette / BERNAMA/EEJIT sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *