Selepas Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia. P0lis mengeluarkan kenyataan ini

SUSULAN kekecohan yang ditimbulkan penyanyi rap Caprice membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang awam agar tidak terus mensensasikan isu berkenaan.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tidak menerima sebarang laporan mengenainya.

“Tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara ini.

“Walau bagaimanapun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan.

Antara perkongsian Caprice yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

“Ia boleh disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bukan itu sahaja, siasatan juga boleh dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan,” tegasnya.

Isu membabitkan Caprice dan Ebit mula timbul selepas penyanyi itu menegur Ebit berhubung misi pendakwah tersebut di Gaza, Palestin.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Caprice berkongsi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp secara terbuka di Instagram pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun Caprice akhirnya tampil memohon maaf kepada Ebit dan beberapa pemimpin lain pada Isnin.

Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia – “Silap saya terlalu emosi tentang perjuangan”

PERKARA yang paling ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan apabila penyanyi rap Caprice tampil mengakui kesilapan kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Susulan itu Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33, memohon maaf kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim; Menteri Kanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan pendakwah Ebit Lew.

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew, saya mohon minta maaf atas kesilapan di mana terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.


Perkongsian Caprice di Instagram.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia Mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24 hour protection and security selama saya berada di Mesir,” katanya menerusi kenyataan terbuka di Instagram.

Nama Caprice sebelum ini menjadi sebutan apabila tampil mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.

InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin.
CAPRICE
PENYANYI
Susulan pendedahan tersebut, Ebit Lew dipercayai telah menyekat akaun Instagram Caprice.

Sementara itu, Caprice turut membuat permohonan maaf terhadap kedua ibu bapanya kerana mencetuskan kebimbangan.

caprice1
Pendedahan yang dibuat Caprice mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew yang didakwa tidak disenangi penduduk Palestin.

“Saya minta maaf pada ibu dan ayah kerana buat kalian risau tentang keselamatan saya. I love you and my intention since the day I chose to go on my own at 16 (years old) was only to make you proud.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

“InsyaAllah saya akan kembali selepas saya tunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin,” ujarnya.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Sumber Sam sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *