Baru jer naik sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri bakal umum satu berita baik untuk penduduk Lembah Klang

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan Kabinet yang dipengerusikannya nanti.

“Sekali lagi saya berbangga dengan semua yang terbabit dan pencapaian hebat ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata, kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus.

Kenyataan Penuh Perdana Menteri

Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%! Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah. Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement.

Reaksi warganet

“Tahniah abah…tahniah Pak long…in shaa Allah…xlama lagi covid akan lenyap dr muka bumi..”

“Terima Kasih Abah .Jasamu Di kenang..Hero tak didendang..”

“Yang penting sekarang utk rakyat² malaysia…jaga lah kebersihan diri…jaga lah pemakanan…banyakkan makan makanan seimbang…vitamin C amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi…air kosong jangan lupa minum…inshaa Allah…imun sistem akan meningkat supaya dapat melawan virus²”

 

Sumber: BH online | ismail sabri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *