Isteri Aku Cikgu, Aku Hanya Pemandu Grab. Isteri Ugot Klu Sy Xdpt Kerja Gomen Dia Akan Minta Sesuatu Tak Masuk Akal

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Terima kasih banyak2 sebab terima post saya ni. Saya suami dan ayah kepada 2 anak berumur 4 & 5 tahun. Isteri saya seorang guru dan saya hanya pemandu grab. Saya pernah bekerja tetap lain di Singapore dan Malaysia sebelum ni tapi isteri cakap saya tiada masa dengan keluarga.

Isteri selalu baca petikan ucapan ustazah di tv “semua kerja rumah tanggungjawab suami, isteri dah melahirkan anak”. Pernah juga saya dibuang kerja sebab selalu ambil cuti jaga anak demam.

Isteri tak nak guna cuti CRK yang diberikan kepada guru atas alasan untuk dapat pencen penuh bila dah bersara nanti.

Jadi, 2 tahun tahun lepas saya beralah dan sekarang bergelar househusband dan juga merangkap pemandu grab.

Isteri pernah maklumkan kepada saya sebelum ni yang dia pernah bercita-cita untuk memiliki pasngan kakitangan kerajaan sama sepertinya sebelum berkahwin.

Saya simpan ucapan dia sehingga hari ni. Sedih tu bukan ayat lisan seorang lelaki. Bila gduh dgn saya, isteri ugot sy kalau saya tak dapat kerja kerajaan dia akan minta crai. Saya diam je time tu.

Bukan senang nak dapat kerja kerajaan. Sekarang ni saya tidak dapat bekerja seperti pemandu grab yang lain sebab pagi hari dah bangun uruskan anak2 bersiap pergi taska. Matahari dah naik dalam pkul 9am baru boleh bawa grab.

Tak dapat merasa bawa grab waktu peak hour pagi. Pkul 4pm dah kena ambil anak dari taska. Lepas tu kena tunggu isteri balik dari sekolah.

Isteri mengajar kelas Pendidikan Khas sesi pagi. Selalu pulang lewat petang. Katanya banyak aktiviti di sekolah. Di rumah mandi anak2, masak utk makan malam.

Lepas solat isyak teman anak2 buat kerja sekolah, lepas tu keluar sambung bawa grab sampai pkul 11pm atau 12am. Kerja saya sekarang tak ada cuti berbanding kerja sebelum ni.

Jumaat sabtu saya bawa dari pagi sampai malam. Terpaksa kerja keras sebab isteri dah bising income grab saya tak seberapa.

Cukup untuk bayar ansuran rumah, ansuran kereta, susu pampers anak, barang dapur, yuran taska 2 anak (bahagi 2 dengan isteri) , nafkah mak dan isteri saya hanya dapat bagi rm150 jer sebulan. Nasib baik ada income tambahan dari sewa rumah flat.

Saya tak dapat lagi bawa isteri pergi melancong dalam negeri seperti sebelum ni. Tak dapat pulang ke kampung isteri setiap kali cuti persekolahan. Kadang tu isteri bawak anak2 balik kampung sebab saya cakap tak dapat ikut.

Senang cerita setiap kali cuti sekolah, isteri saya merajuk dan marah kat saya. Hari cuti lah peluang saya untuk cari duit lebih bawa grab.

Dulu waktu saya kerja singapore bergaji besar, saya dihimpit masa bersama keluarga tapi sekarang ni bila dah ada banyak masa dengan keluarga, saya dihimpit masalah kewangan pula oleh isteri.

Isteri bising sebab kadang2 terpaksa dahuluukan bayar bil api aii rumah sebab kadang2 sewa rumah lambat masuk. Saya pernah cakap dengan isteri yang dia tak boleh dapat kedua2 tu dalam masa yang sama kat saya sebab saya bukan anak orang kaya, saya bukan dato’, saya bukan kakitangan kerajaan.

Saya rasa isteri beruntung dpt suami bekerja swasta atau freelance sebab kalau anak2 tak sihat atau isteri ada program..saya yang kena cuti tanpa gaji.

Kalau dia dapat suami kerja cikgu macam dia, macam mana agaknya nasib anak2 bila suami isteri sayang nak guna cuti CRK. Untuk pengetahuan admin, musim pkp ni, saya mengasuh anak2 dari pagi sampai petang.

Sekolah tak mula lagi, meeting tak habis2 kat sekolah. Taska tak buka lagi dan babysitter dulu pun tak berani terima anak2. Saya bawa grab dari petang sampai malam..nak dapat kasar rm100 pun payah. Kadang rm50 pun tak sampai.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua pembaca. Peristiwa ni dah termasuk 2 kali aku lalui. First bulan puasa, masa tu aku tertidur lepas subuh. Pagi tu aku ada paper exam. So memang dah lambat untuk tunggu bas. Aku order grab.

Duk tengah kalut aku terletak kunci rumah kat dashboard tepi penumpang tu. Lupa letak dalam poket. Sampai destinasi aku terus hulur duit tambang. Ambik paper dengan hati yang berat.

Abis paper tu aku tak ingat lagi pasal kunci yelah dah abis paper berat kot. Tapi hati ada rasa something yang berbeza. Balik naik bas sampai depan rumah terasa something yg tak kena.

Cari kunci geledah semua beg tak jumpa. Sah. Dah tengah panas terik dengan puasa lagi. Aku dalam hati mengucap ya Allah sabarnya..

Haritu nasib baik sebab housemates aku ada student masters dia ada masa tengah hari tu. Aku cuma dapat masuk rumah je lah bilik tak dapat lah. Padan muka. Aku terus search google tentang grab.

Baca pengalaman orang kehiilangan barang apa semua. Dapat nombor customer service grab. Salin semua info mengenai grab pagi tadi. Call punya call. Dapat nombor contact orang tu.

Aku terus ws minta tolong untuk pulangkan kunci. Aku bukan nak riak atau apa . Aku cuma terharu pakcik grab tu ada dekat seremban dan dia kata akan pulangkan kunci tu secepatnya. Aku ingat pakcik tu nak kan pulangan . Duit tambang lah. Aku siap tengok duit dalam poket .

Rm50 bakal dikeluarkan. Silap aku juga. Lama tunggu aku mcm tak yakin dengan pakcik ni sebab dia mcm mencurigakan. Hahaha drah panas. Masa kejadian tu aku memang plan untuk keluar dengan bf aku.

Katanya nak keluar sebelum pkul 5 untuk buka puasa dan beli barang. Bila aku luah pasal kunci tu. Dia marah dan kata aku cuai dan menyusahkan pakcik tu. Aku akui kesilapan aku. So aku suruh dia tunggu sampai pakcik tu datang dan aku terus bersiap. Dia marah dan terus cancel nak jumpa.

Aku rasa tergelak dengan bf mcm ni. Bukan nak tolong tapi menyakitkan hati. kami putus sebab tu. Puas aku pujuk tapi aku diabaikan. Puas aku suruh sabar apa semua. So aku nak buat mcm mana.

MOVE ON. 2 jam lebih aku tunggu akhirnya pakcik tu sampai pun. Dia senyum dan serahkan kunci aku. Aku bagi tip rm 50 tapi dia tolak. Katanya xapa kecuaian aku.

Aku terasa terharu. pakcik dari jauh sanggup hantar kunci semata untuk aku. Aku pun terus bagi kerepek untuk balasan. Dia terima dan kata terima kasih. Pakcik tu guna kereta persona.

Duit minyak memang banyak abis. Aku terasa pakcik tu macam ayah aku. Moga pakcik tu dimurahkan rezeki. Dan aku single haritu juga. Sedihnya tapi kena terima kenyataan.

Kejadian kedua, enam bulan lepas kejadian first masa ni aku dah kerja. Motor aku rosak. So kena naik grab sebab dah lambat. Aku pon order grab. Kereta mewah . Aku pon naik punya naik. Sembang dengan pakcik ni.

Sampai ofis tak terasa kunci aku tertinggal. Sebelum balik rumah aku ada cucuk duit utk makan minum bulan ni. Balik rumah benda tu buat aku throwback enam bulan lepas. Aku call customer service.

Dan yes, grab tu ada report mengenai barang tertinggal. Aku ambik nombor dan terus contact pakcik tu. Aku ingat dia duk area sini. Rupanya jauh. Haha. Duk kl. So nk tak nak aku terpaksa suruh dia hantar pulangkan kunci.

Aku speechless again. Dia pulangkan tapi dengan syarat. Haha. Duit tambang lah. Kali ni memang kena keluarkan lah jawabnya. Duit makan minum kena potong lah dek kecuaian sendiri.

Teringat punya pasal aku putus masa kejadian sama. Mungkin dia dah bahagia dengan orang lain. Aku bukan pertikaikan tapi ada hikmah semua yang berlaku.

So lepas ni kena hati-hati. Sepanjang naik grab aku tiada lagi k3s yang mencurigakan. Mostly yang aku naik kebanyakkan tak familiar pula nak 5 star. Aku bagi jelah 5 star.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Huda Yusuf, Mungkin tt boleh ajak bincang dgn isteri elok2. Dari hati ke hati. Buat belanjawan baru ikut pendapatan yg ada sekarang. Try potong komitmen bulanan yg tak penting.

Klau anak2 dh besar, mungkin bole ajr ank2 bntu isteri tt buat kuih atau apa2 mknan yg isteri pndai, dan jualdi kawasan rumah. Semua org sedang diuji skrg ni.

Saya pun surirumah dan suami sy pun tak ada kerja selepas kita disrang cvid. Mmg bergantung dgn bntuan kerajaan. Saya join dropship, masuk la sikit2 buat tmpung brg dpur.

Sekarang kami terpksa blik mnetap di kg bersama org tua sy sebb dh xdpt nk tmpung byr sewa rumah. Itu cara kami. Mungkin encik tt boleh cuba utk kurangkn skit kepala pikir nk cekau mna duit. Moga Allah permudahkn urusan tt dan isteri.

Sasa Bella, Kena didik diri melihat sesuatu musibah itu, ada hikmah tersirat di sebalik nya yg Allah sedang menguji kita, hubungan semakin erat yg sebelum ni TT busy tak ada masa utk keluarga,anak2 contohnya. Tgk apa yg tidak perlu, boleh di let go, cut down perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya.. Good luck TT.

Shamsiah dila, dulu kerja di luar negara semestinya hidup selesa dan mewah kan. mungkin isteri dan anak 2 tu dah dibiasakan dgn kemewahan dan kesenangan. tu sbb aku dn family wlupun kehidupan alhmdllah.

tapi kami tak penh nak didik diri dan anak2 akan hidup senang lenang nak apa kena usaha. supaya jika kita di uji insy kita dan family boleh hadapi .sbb kita dah dibiasakan hidup yg ala kadar sahaja.

utk semntara waktu nie mulakanlah langkah berjimat cermat air api pandai2lah jimatkan tu kkdang ramai yg terlepas pandang. dan tt bawalah berbincang dgn isteri. insy jika seorang isteri tubaik dan menerima tt seadanya dia akan faham malahan dia,akan bntu tt utk menyelesaikan masalah.

Mimi Liana, Bercrai tue lagi strees sebenarnya.. nak bayar nafkah anak bukannya senang dng hutang rumah kereta kalau ada. Sabarlah encik, skrg memang musim cvid dan ramai yg terjejas bukan encik sahaja.

Ada lagi ramai yg x dapat kerja sekurang2nya encik ada kerja walaupun pada encik gaji tue x cukup. Insya Allah ada caranya cuma ada benda yg kita kena ubah dan lepaskan untuk benda yg lebih penting. Semoga Tuhan memudahkan hidup encik sekeluarga.

Rosliha Ibrahim, Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Sbg isteri dia patut faham masalah suami.. Semua org menghadapi nasib yg sama.. Suami sy selalu pujuk..

Susah kita.. Ada lagi yg lebih susah.. TT kn byk slow talk dgn wife.. Selitkan dgn sedikit tazkirah..pandang ujian ni dgn positif.. Itu je yg bisa melemahkan nafsu dlm diri.

Syafiza, Sedihnya kalau minta crai gara gara duit.. baik hidup susah sama2 dengan suami.. kalau bercrai belum tentu dia dapat hidup mewah, lagi stress dia kena hadap sorg sorg.

kalau suami baik, bertanggungjawab tak perlu la bercrai sebab duit.. lain la kalau suami kedekut, menyakitkan hati, pentingkan diri sndri, tak bertgjwab, jahat jadi boleh la nk minta pisah sebab ada suami pon ibarat tiada suami.

Siti Hajar, mcm mn nk ckp ek..ada sstgh psgn mmg mcm ni, tak sanggup nak hadapi atau berpikir scra waras bila hadapi ujian…jenis xdpt pikir pnjg2…kalau tuan rasa isteri tuan mmg xdpt terima ujian susah akibat cvid, duit dh xde ni tuan redha lepas je dia sorg…

tp tuan jgn bg ank kepada dia..biar tuan bela mereka dgn hidup susah..biar isteri tuan bina hidup dia seniri..sbb kalau tuan bg ank2 nnt timbul isu nafkah ank2 yg akan sentiasa tidak cukup..

tuan hidup dgn ank2, urus mereka, slowtalk dgn ank2 bhwsanya korang diuji dgn kewangan akibat tiada kerja..ank2 umur belum remaja ni insyaallah paham kondisi ibu bapa jika diceritakan betul2..

cuma kena perlu benar2 kental hadap perubahan hidup berkeluarga baru jika dh bertekad utk melepaskan perkahwinan

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *