Mak Ckp Dah Lah Miskin Nak Mengandung Lg, Emas Pun Xde Nk Gadai. Aku Nekad Gugurkn Kandungan

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam min dan semua pembaca. Aku ada benda nak pendapat semua ni. ok ni bukan lah pasal rumahtangga aku cuma masaalah dengan parents aku min, macam ni cerita nya.. aku tengah pregnnt anak no 3. dah hampir dengan due. Ada anak 2 orang, sorang 5 tahun sorang lagi 3 tahun.

Suami aku bekerja sebagai pemandu lori ja, tapi hantar barang dekat2 bukan jenis kontena tu. Alhamdulillah kami tinggal asing dari mak bapak.

Masalahnya min, aku stress la kadang2 aku luah perasaan dekat mak aku pasal itu ini kadang2 mak aku selalu sabitkan kerja laki aku, lepas tu sabitkan k3s mengandung.

Katanya confirm beranak ni lagi susah mereput dah la tengah susah, barang emas pun tak ada nak gadai susah2 nanti, ha macamtu ayat dia.. Aku sentap la min, menangis aku disebabkan kata2 mak aku..

Kenapa dekat kakak aku yang umpama tanggang modern versi betina tak mau pulak dia kata macamtu.. Padahal, kalau akak aku berkata2 umpama macam anak derhaka..

Siap tuduh lagi mak pak aku yang bomohkan anak dia sampai skit kuulit, calitkan minyak dekat rumah dialah..boleh pulak abang ipar yang tak sukakan mak pak aku. lagi lah dia rcun fikiran akak aku.

Tapi yang aku heran akak aku mengandung beranak siap dia ucap tahniah, siap follow up lagi perkembangan anak2 akak aku, siap semawa diri lagi nk jagakan kak aku dlm pantang dkt kl nu..

Adakah disebabkan akak dan abg ipar aku berkejaya ? Jadi parents aku tak berani berkata2. Tapi dengan aku ni yang tak pernah sekali pn tinggikan suara dekat mak pak aku, yang ni lah makpak aku tgok hiina..

Cakap lebih kurang je bila aku tengah mengandung ni, pernah sekali aku gugurkan kandungan disebabkan terlampau stresss nak hadap mak pak aku, nak dengar dorang hina kami laki bini, menyindir aku mengandung lagi tapi miskin nk kena gadai emas bagai.

Sampai 1 tahap hari2 aku menangis, tak makan, fikir nak bunh diri, Adakalah faktor laki aku kerja sebagai kuli orang saja dan bukan gov? Disebabkan aku surirumah?1 lagi untuk pengetahuan semua.

Makpak aku memang tak sukakan budak2, aku memang payah nak tinggalkan anak2 aku dekat parent aku, kalau aku pergi rumah dorang, bapak aku akan kuncikan pintu bilik tak bagi anak2 aku masuk.

Nanti tak tau la dekat sapa aku nak tinggalkan anak2 kalau aku beranak nanti, mertua dah tak ada, adik bradik harapkan akak aku sekor tu ja tapi sejenis jin ifrit dorang lakibni,

Bila tahu aku mengandung memang kena tahan telinga contoh nya laki ko ni tau nak menyedap ja. Tau buat anak ja, tak ada kerja lain dah. Mana aku nak letak muka aku min, malu min.

Nanti dalam berpantang terpaksa lah laki aku cuti 2 minggu tanpa gaji untuk jagakan aku dalam pantang disebabkan takdak sapa yang blh jagakan aku dan anak2 sementara aku nak kuat, jadi makan jala apa ada, ikhtiar la macam mana sklipun kmi lakibini..

Aku tak pernah pun mintak mak aku jagakan sebab aku tau dia takkan nak. Terkadang aku dengki dengan orang lain.. Kenapa mak bapak aku takmacam mak bapak orang lain

sedangkan orang lain mengandung senang hati, aku tiap kali mengandung mesti susah hati.. Anak no 2 aku pernah mak aku tak bercakap sama dengan aku sebulan disebabkan aku mengandung. Allah min, kuatkan la hati aku min.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua. Terima kasih kalau confession ni disiarkan. Aku submit confession ni memang untuk minta pendapat dan pandangan semua, sebab kepala aku dah serabut dengan benda ni.

Aku anak tengah dari lima beradik, dalam perjalanan nak kahwin tak lama lagi. Aku masih lagi tinggal dengan parents bersama adik aku sorang sebab kami berdua bekerja berdekatan dengan rumah family.

Adik aku baru awal 20an, masih berperangai remaja, hidup dia adalah dengan kawan2 kebanyakkannya.

Seperti tajuk diatas, confession ni berkisar tentang mak aku. Mak yang aku sayang sepenuh hati, mak yang aku sangat hormati. Mak yang aku sanggup buat apa je untuk dia bahagia. Mak permaisuri hati kami.

Kami sekeluarga asal dari hidup yang susah, berpindah randah, adik beradik pernah dipisahkan sementara sebab parents aku terlampau susah untuk tanggung kami waktu itu, beberapa orang terpaksa dihantar untuk tinggal dengan saudara mara yang lain selama beberapa bulan.

Mungkin disebabkan perpisahan sementara itu kami adik beradik jadi tak rapat, handphone pun kami tak ada untuk bertanya khabar masing2 sepanjang dipisahkan.

Saudara mara yang menjaga kebanyakkan melayan kami macam orang gaji je di rumah mereka, yela mereka terpaksa jaga anak orang kan, kami faham walaupun masih kecil.

Bila keadaan dah stabil kami dikumpulkan semula tapi hubungan dah tak seperti dulu sebab masing2 melalui kepedihan hidup menumpang, adik aku rasa mak dan ayah dah tak sayang kami sebab itu kami dihantar rumah orang.

Abang kakak aku sejak balik mereka dah tak bergurau senda dengan kami adik beradik, lebih banyak menyendiri terutama abang aku.

Menjelang dewasa, abang dan kakak masing2 sudah berkahwin dah beranak pinak dah. Alhamdulillah walaupun sederhana, aku nampak mereka bahagia.

Aku yang tengah masih dirumah, adik aku sorang penjawat awam posting di utara, dan adik bongsu sudah bekerja di syarikat tempatan.

Dipendekan cerita tentang family aku, kami tak rapat seperti family family lain. Mak dengan ayah aku pun kadang2 baru bercakap dengan kami sebab mereka busy cari rezeki.

Jadi kami mmg banyak habiskan masa dengan aktiviti sendiri. Aku teringin nak jadi macam family orang lain, rapat boleh bergurau senda. Tapi ujian yang tuhan bagi adalah ini, dan aku pasrah seadanya.

Berbalik tentang mak aku, mak dan ayah sudah mencecah 50an. Mak aku kalau nak describe adalah orang yang sangat kuat, dialah idola aku. Aku sanjung tinggi mak aku selama ni.

Ayah pula jenis cepat berputus asa, kalau tak sebab mak mungkin sekarang kami masih ditakuk kemiskinan.

Mak lah yang banyak berkorban untuk ubah hidup kami. Aku berazam bila aku banyak duit simpanan nanti aku nak bawak mak jalan2 luar negara, sebab itu impian mak dari dulu.

Tapi tulah, Allah tak habis lagi uji keluarga aku. Satu hari aku nampak mak berbual manja dalam handphone dengan seseorang, for sure bukan ayah sebab ayah aku sedang solat waktu tu.

Aku dah tak sedap duduk. Lama2 aku mula mengesyaki mak ada hubungan lain, sebab perilaku mak berubah banyak.

Dan takdir tuhan, Allah nak tunjuk kebenaran, aku ternampak WhatsApp mak dengan lelaki lain bersayang2. Allah, jantung aku bagai nak luruh waktu tu.

Aku sayang sangat dekat mak, aku pandang tinggi dekat mak, bila benda ni jadi hati aku hncur yang teramat sangat.

Menangis aku malam tu mengadu dengan Tuhan kenapa aku diuji sebegini. Aku sedih sampai sesak nafas, menggigil2 badan. Mungkin kerana aku terlampau terkejut.

Dan aku sorang je yang tahu hal ni, esoknya aku confront mak aku. Mak aku mula deny apa yang aku cakap sampai aku tunjuk bukti, sepanjang aku confront aku tak boleh tahan air mata, berjujur2 menangis macam budak kecik, tapi mak aku, diam je.

Bila aku dah tunjuk bukti dia diam, sikit pun dia tak sedih tengok aku yang dah separuh nyawa menangis.

Lepastu ayah aku pulak, dia kata dia dah lama syak ada something yang mak sorokkan, tapi ayah aku jenis passive tak suka bergduh. Dia maafkan mak.

Hal ni cuma aku mak dan ayah je yang tahu. Aku cuba sorok dari adik beradik yang lain sebab tak nak mereka pandang rendah dekat mak, demi menjaga aib mak.

Tiap malam aku menangis dekat sejadah, hari2 aku tanya tuhan tak cukup ke ujian aku dari kecik sampai besar. Bertalu2 ujian datang.

Aku tahu ramai dah buat confession yang sama sebelum ni, pasal mak yang berskandal, bila aku baca aku rasa tenangnya confessor ni semua bila mak mereka kantoi, aku bila mak aku kantoi aku jadi hiilang arah.

Mak aku minta maaf, dia kata dia dah tak buat lagi. Susah sangat untuk aku percaya, tapi rasa sayang tu lagi tinggi untuk dia. Mak yang aku sayang. Aku cuba fahami mak, mungkin dia sunyi, ayah banyak habiskan masa dengan hal dia, kami anak2 ramai bekerja jauh.

Aku kerja kilang balik malam penat terus tidur, adik aku suka melepak dari balik rumah. Mak aku sunyi. Dikala sunyi la syaitan datang berbisik. Aku maafkan mak, aku cuba luangkan masa dengan mak tapi urusan kerja tak mengizinkan kadang2. Mak tone down main handphone.

Aku pun dah mula capai ketenangan aku. Tapi Allah maha besar, tiba2 selepas beberapa bulan kejadian tu berlaku mak kantoi lagi. Kali ni kawan aku sendiri nampak mak berjalan dengan lelaki lain dekat pasar. Allah Allah Allah, tak tahu nak cerita betapa hncur leburnya hati aku.

Aku confront mak lagi, mak taknak mengaku. Aku bincang dengan ayah, jawapan ayah aku sama mengecewakan, ayah seolah membiarkan je benda tu sebab dah tak mampu nak halang.

Ayah aku memang bukan orang yang garang. Yang rosak aku, aku terlampau sedih sampai demam. Kepala aku hari2 migraine. Aku dah kurang makan, kerja aku merundum tunggu masa nak kena buang je.

Allah apa ujian ini. Mak tak kesian ke tengok aku. Hari2 aku doa dekat Tuhan, tarik lah ujian ini. Hari2 aku sedih sampai rasa nak mati. Aku lebih rela mati.

Wahai pembaca, tolong aku. Macam mana nak buat. Aku tak boleh bagitahu adik beradik yang lain, mereka masih menghormati mak dan aku taknak perkara itu berubah.

Aku dah tak boleh nak marah mak. Mak dah bukan mak yang dulu, sekarang hidup mak hanya handphone. Aku rindu mak aku, aku yang berdosa terlampau kejar dunia sampai abaikan mak aku

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Atikah Basri, Rancang. Awak mcm saya. Anak umur 5thun 3thun dan skrg ni 9bulan. Suami kerja sendri. Buat jendela. Tolong la masalah rumah tngga jgn la cerita walaupon emak sndri. Krg awak yg skit hati.

Utk awak nak bersalin nnti cari la bidan yg dari rumah. Boleh jaga anak dan makan kita masa pntg. Tk payah anta rumah emak. Sellu utk sebulan caj rm300 tgk jugak la kalau awak jmpe bidan yg murah.

Lepas bersalin ambik la perancang. Pasal suami awak kerja pemandu lori. Jgn la rase menyesal. Fikir di sudut hati. Suami awak kerja cari duit utk awak dan anak2. Bkn pergi berjoli. Beri kata semngt dkt suami. Biar la org nak kata apa. Yg pnting hidup kite mesti bersyukur dgn rezeki allah.

Atyn Husin, lebih kurang je k3s ko ni ngn aq.. tp jenis aq..aq x amek port ap org nk ckp.. ank sulong aq ni.. dia ni ank istimewa.. pstu ad laaa aq dgr org ckp.. lepas ni klaw ngndung lg mesti jd mcm hat sulong.. perit nk telan.

nk2 bile fmly ko sndiri yg ckp mcm tu.. tp tu laa.. wat pekak jee.. ko nk stress nk bn0h diri bagai wat ap.. ko ingt ko bn0h diri bole setel masalah ke??? chill laaaa kawan..wat lex wat peace.

Adila Ali, Sedihnya la, sampainya hati mak pak tt tu ye… Tt kena kuat demi suami yg baik & anak2, lepasni merancangla tt jgn ngandung lg besarkan anak2 yg ada tu dulu kesian anak2 tu xde sape nak uruskn bila tt di hspital.

Bincang elok2 dgn suami rehat dulu, besarkan anak2 dulu didik anak2 dgn ilmu yg baik yg berguna ajar anak2 urus diri sendiri, uruskan rumah juga nanti senang kalau tt x sihat anak2 masih terurus.

Mak pak tu nanti tengok la bila anak2 awak dah besar sikit dah pandai bw diri barulah diaorg tu terhegeh-hegeh mengaku syg cucu. Jgn di fikir sgt kesian anak2 & suami awak yg baik tu.

Maz Atie, sabar je la. ko jgn suruh laki kau cuti sampai 2 minggu. tp kau cari la org yg boleh jaga kau dlm pantang. dr kul 8 sampai kul 5 ke. x de la kena bayar mahal sgt. budak abis spm klo nak buat partime pun boleh.

Tolong jaga anak dgn tolong masak je. bab kemas dgn basuh kain tu, kau suruh la laki kau buat. x de la sesak sgt kau nanti.

Siti Aida, As salam Adik. Anak itu amanah, ia juga merupakan rezeki Dari Allah. Adik beradik adik tak ramai dan mungkin ibu bapa adik nak keluarga Adik ni saperti mereka juga.

Adik perlu belajar untuk berdikari, memandangkan suami akan bercuti 2 minggu dia boleh menjaga Adik biar pun cuti tanpa gaji. Adik sekarang dibawah jagaan suami bukan mak ayah lagi. Adik bergantung harap lah sepenuhnya kepada suami.

Biarkan lah kedua orang tua Adik pilih kasih, ambil lah pendekatan untuk berdiam diri dan berdoa lah kepada Allah agar ibu dan ayah adik sentiasa di lindungi Allah.

Apa2 masalah bincanglah dengan suami, tidak perlu berbincang dengan ibu dan ayah Adik, jika perkara itu boleh diselesaikan bersama suami. Beranak ramai seronok dik, saperti Adik beradik akak 9 orang.

Ketika ibu mnggal dunia, kami Anak2 perempuan mandi dan kafankan ibu. Cucu lelaki 20 orang mengangkat jnazahnya bergilir2, dan Abang 2 akak menyambut jenzah ibu di liang lahat untuk perkebumian.

Tengok tu hikmah anak ramai. Adik tak perlu takut untuk terus melahirkan zuriat. Tahniah dik kerana mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga Adik berbahgia selalu dan beroleh rahmat Allah. Aamiin.

Maziana Ramli, Dripada gugurkan kandungan baik ambik langkah pencegahan, ni dah sah2 mengandung kenapa nk gugurkan,dalm megandung rancang laa skrang byak kaedah boleh guna puan,,kecuali dah merancang tapi sangkut jgk tu adalah rezki dah, jgn d buang bayi xberdosa larat ker akhirat nak menjawab.

Lg satu kenapa nk stresss puan yang jga ank puan bkn ibu puan atau bapa puan atau keluarga puan serta seangkatan dengannya, saya 9 berdik puan ,kecik2 struggle mak nk besarkan kami, skrang besar2 blka mak ayah boleh trik nafas lega,

abaikan kata2 negetif lapangkan dada yakin dengan ALLAH , setiap ank yang d beri d sertakan sekli dengan rezki, cuma suami dan puan kena rajin berusaha demi anak2, insyaallah semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan puan.

Siti Hawa, Bnda kn blh rancang…xslh pun family planning..betul la ape mak ko ckp tu…dh tau susah beranak lg ramai2…pastu cibuk nk harap org…kdg jd org perempuan ni kene cerdik..

Dh tau laki kaki pancut dlm bersepah kt klinik kerajaan ubat perancang..xnk mkn ub4t..ccuk ade..xnk ccuk..implan ade..nk ngan xnk je sbnrnya…dh tau laki xcerdik ko la kene cerdik…tahun dnpn beranak lg sorang pas tu stresss sndiri..

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *