Pilih darah Hafiz al-Quran, ini penjelasan Ustaz Yusuf Mansur selepas digelar s0mbong

JAKARTA – Kenyataan seorang pendakwah Indonesia, ustaz Yusof Mansur yang bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com semalam.

Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.

Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.

Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari Maghribi.

Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.

“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya.

Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.

“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.

Ustaz Yusuf Mansur yang memuat naik video beserta keterangan tentang pemilihan penderma darah buatnya membuatkan netizen menggelar dirinya sombong. -Instagram

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa, namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. -Agensi

Kelebihan seorang Hafiz al-Quran di dunia dan akhir4t

Hafiz merupakan sebuah gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz al-Quran. Mereka merupakan insan yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjaga ayat suci al-Quran di dalam dada mereka.

Apakah kelebihan Hafiz di dunia dan akhirat?

Mengahafal al-quran merupakan satu perbuatan di mana seorang hamba-Nya ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah :

1. Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin

mengimamkan solat

Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy ra, Beliau mengatakan,

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”

2. Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang
kanak kanak membaca al quran

Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa “murojaah” atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra’d, ayat ke 28 yang berbunyi :

{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”

3. Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT
tiga orang kanak kanak tahfiz

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”

Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)

4. Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka
pelajar maahad tahfiz

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

5. Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi
gerombolan pelajar madrasah

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Banyak lagi kelebihan untuk seseorang yang mengahafal al-Quran yang tidak disertakan di sini. sesungguhnhya mereka merupakan insan-insan yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan kita sendiri seharusnya berhasrat untuk menjadi seorang hafiz dan mendidik anak-anak mereka dengan baik agar kita berjaya di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *